• Main
  • News

Program Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan

Program Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Perkasakan

PROGRAM PELUNCURAN KIT ATUR GERAK DUTA SAHSIAH PERKASAKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT DAERAH JASIN TAHUN 2024.

Turut dihadiri oleh YDH. DSP Ahmad Jamil bin Radzi Ketua Polis Daerah Jasin Polis Jasin, Ybrs.En. Mohd Yusof bin Said Pegawai PPD Jasin.

Peluncuran Kit Atur Gerak Duta Sahsiah Pemangkin Perkasakan Karakter Karamah yang berpegang kepada prinsip menjaga kehormatan dan harga diri. Setiap manusia berhak untuk dihormati dan dijaga harga dirinya. Prinsip ini mendorong individu untuk berusaha mencipta suasana yang penuh hormat dalam interaksi sosial mereka. Dengan mematuhi prinsip ini, kita dapat memelihara hubungan baik, membina kepercayaan dan meningkatkan kualiti peribadi dan komuniti

Selain itu, prinsip ini turut berfungsi dalam memelihara hubungan yang harmoni, memupuk keprihatinan dan menyemai rasa kasih sayang sebagaimana ajaran Islam. Ia juga membantu membentuk masyarakat yang lebih adil dan penyayang. Setiap anggota masyarakat dapat merasakan penghormatan yang sewajarnya dan menjalani kehidupan dengan martabat yang tinggi.

Hakikatnya, kaitan pendekatan karamah insaniah dengan isu buli siber adalah melalui pendekatan ini dapat memberi panduan moral dan etika yang kuat dalam menangani perbuatan negatif itu. Perbuatan buli siber disebabkan kurangnya perhatian terhadap sikap kemanusiaan dalam diri pengguna. Ia bertentangan dengan prinsip yang digariskan melalui pendekatan berkenaan yang memberi penekanan terhadap pembentukan adab, akhlak dan integriti. Pendekatan ini turut memberi penekanan kepada konsep manusiawi iaitu melahirkan individu yang mempunyai perasaan empati dan kasih sayang antara satu dengan yang lain.